Paklong dot Info twitter
Paklong dot Info Rss

 Powered by Max Banner Ads 

Memilih Niche Blog .

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 06-01-2010

0

Suatu persoalan yang selalu bermain dibenak saya ketika hendak mula blogging adalah ,”saya nak buat blog apa ye ?”. Kemudian saya mula mencari maklumat, bertanya kawan dan memuat turun ebook percuma. Saya mencari maklumat , ” buat blog apa yang senang ? “. Tiada jawapan yang saya temui. Hampa.

Namun saya terus mencari dengan menyertai forum dan mula membeli ebook Bahasa Melayu. Jawapan yang saya temui adalah, “buat blog berdasarkan apa yang tahu/minat/mahir”. Ketika itu saya minat bersilat lantas membina blog berkaitan seni beladiri menggunakan Bahasa Inggeris. Namun ia tidak bertahan lama sebab saya gagal membuat pengisian untuk blog tersebut dan tiada pengunjung yang membacanya. Apa masalahnya ?

Saya ajukan masalah ini kepada seorang IM yang mahir blogging. Dia beri saya beberapa soalan :
i. siapa yang kamu sasarkan untuk membaca blog itu ?
ii. Siapa yang suka membaca bahan tentang silat ?
iii. Kamu tulis dalam Bahasa apa ?
iv. Ada kamu buat SEO ?

Saya teruskan pencarian maklumat dan membeli beberapa ebook. Jawapan yang saya jumpa adalah, ” buat kajian kata kunci, cari katakunci yang mempunyai jumlah carian yang banyak, jadikan ia niche blog dan beli domain yang mengandungi kata kunci tersebut.”

:) Jawapan sudah ditemui. Apa lagi , beli domain dan set up blog sendiri (walaupun merangkak). Bangga juga dapat set up blog sendiri. Blog dah ada, isinya ? Copy & paste sambil ubah suai mana yang perlu. Kemudian submit ke Digg.com. Selepas tiga bulan, blog tersebut hilang. OMG ! Saya telefon pihak hoster namun tak ada jawapan. Adussssssssss …….

Saya jumpa semula IM yang agak popular tu, cerita masalah saya. Jawapan diberi :
i. mungkin pihak hoster yang delete akaun kamu atau …..
ii. blog kamu kena tampar oleh Google atau Google campak blog kamu ke alam kotak pasir.
Apa benda ni ? Anda faham ………?

Selepas peristiwa tersebut saya mula mengunakan blogspot untuk bereksperimen. Pelbagai blog saya buat dan delete. Lantaklah, benda free. Dalam masa yang sama saya juga belajar melakukan SEO. Saya juga membeli pelbagai ebook blogging dan seo. Mencuba pelbagai niche , hiburan, photografi, grafik, video, animasi , lagu dan lain-lain. Akhirnya secara tidak sengaja saya terjumpa satu niche yang unik, permintaan global yang tinggi, saingan yang rendah dan ia memang minat saya masa itu. Melihatkan sambutan yang menggalakkan semasa mengguna blogspot, saya beralih ke Wordpress dan hosting berbayar. Maka lahirlah blog ketiga saya yang kini telah berusia tiga belas bulan.

Saya ambil masa untuk merancang sesuatu post. Susun link sebaiknya. Guna keyword yang sesuai. Buat SEO berterusan. Gunakan Bahasa Inggeris yang mudah. Hasilnya blog tersebut menerima pelawat lebih 8000 orang dalam tempoh setahun. Cukup untuk menaikkan semangat saya untuk terus blogging. Page rank blog tersebut juga naik ke PR1. Tiga keyword yang saya optimasikan telah membawa blog tersebut ke muka pertama enjin carian Google. Terasa puas. :)

Okay , cukuplah setakat itu. Kesimpulan tentang blog dan blogging :
i. Anda mesti ada ilmu sebelum melakukan sesuatu. Carilah ilmu secara berterusan.
ii. Tetapkan objektif apabila ingin membuat sesuatu dan kumpulan sasaran.
iii. Buat kajian sebelum melakukan sesuatu. Fikir.
iv. Pilih bidang yang anda betul-betul tahu dan mahir.
v. Rancangan setiap kerja anda dengan baik.
vi. jangan malu untuk bertanya jika anda tidak tahu.

Sekian, dari Paklong untuk anda.

SEO Blog

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 05-01-2010

0

Hai,
Dalam post kali ini, saya nak bercerita pasal blog Wordpress. Platform blog saya sekarang. Ada macam-macam jenis blog yang anda boleh buat dengan bermacam-macam domain name. Wordpress juga menyediakan banyak jenis template/theme dan pelbagai plug in. Pendek kata , pilihah sesuka hati anda.

Plug in………? Inilah cerita sebenar yang saya nak sentuh. Untuk melakukan optimasi pada blog anda, ada pelbagai plug-in yang boleh dimanipulasikan. Plug-in boleh membantu anda melakukan optimasi dalam blog anda.

Yang mana satu ?

1. Google XML Sitemaps – membantu anda membina peta/sitemap blog anda. Sitemap adalah satu ruang penting yang menempatkan rangka/plan blog anda. Ini akan memudahkan crawler/robot enjin carian menjelajah blog anda bagi mencari link atau post yang masih belum di’index’.

2. Robot Meta – plug in ini merupakan pengawal kepada blog anda dan pemandu robot enjin carian. Ia merupakan satu fail arahan kepada crawler/robot enjin carian terhadap ruangan yang boleh di’crawl’ dan ruangan yang tidak boleh di’crawl’. Pergh……… payahnya nak menulis. ;)

3. All In One SEO Pack – plug in ini membolehkan anda membuat modifikasi title tag & meta tag blog anda. Title tag dan Meta Tag penting dalam mempengaruhi pelawat ke blog anda.

Photobucket

4. Yet Another Related Posts – ini adalah plug in yang best untuk menggoda robot enjin carian. Dengan mengguna plug in ini, post yang baru akan memberi pautan kepada post lama berasaskan kategori atau tag. Bermakna setiap post mempunyai ulangan crawl yang kerap oleh robot enjin carian. Berkemungkinan ia akan mendapat kedudukan yang baik di enjin carian.

Inilah antara 4 plug in yang boleh membantu anda membuat optimasi dalaman blog. Sebenarnya ada banyak lagi. Anda boleh cari atau tanya Uncle Google. Saya tambahkan sedikit untuk keselamatan. Sila guna plug in WP Anti Spam dan WP Data Backup.

Sekian , Jumpa lagi.

Paklong & SEO – Kata Kunci

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 02-01-2010

0

Persoalan utama semasa saya mula-mula nak buat blog adalah nak beli ‘domain name’ apa ? Pening juga memikirkan. Sebab tidak ada ilmu dan panduan. Saya hentam aje .

Di sinilah letaknya kepentingan kajian kata kunci. Menurut ebook yang saya baca, buat kajian kata kunci dahulu sebelum beli nama domain atau ‘url’.

Petuanya , cari kata kunci yang banyak cari tetapi kurang persaingan. Adakah yang seperti itu ? Jika ada persaingan pon biarlah di bawah 5000. Blur………….. !

Jom kita lihat popularity kata kunci ‘paklong‘. Saya gunakan link ini https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal.

Photobucket

Keputusan seperti di bawah. Untuk ‘paklong’ hanya 2400 carian sebulan. Untuk ‘pak long’ 8100 carian. Bermakna ‘paklong’ tidak popular.

Photobucket

Kenapa tidak popular ? Hanya bangsa Melayu dan Cina sahaja yang guna kombinasi ini.

Kemudian saya taip ‘paklong’ di enjin carian ‘Google’, hasilnya , terdapat 185000 page yang mengandungi perkataan paklong atau pak & long.

Photobucket

Banyak tu. Mampu ke nak bersaing ? Belum cuba belum tahu.

Untuk anda , apakah keyword yang anda akan guna sebagai domain name. Anda boleh guna nama yang panjang juga . Saya hanya guna cara yang simple.

Paklong & SEO

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 01-01-2010

1

SEO atau Optimasi Enjin Carian penting untuk melonjakkan blog/site anda ke muka pertama enjin carian dalam sesuatu kata kunci. Saya rasa semua orang tahu pasal ini. Persoalan yang timbul adalah bagaimana nak buat optimasi ini. Bingung sekejap memikirkannya ……………. ;(

Dalam semua ebook yang saya baca, penulisnya menyarankan anda/pemilik blog supaya melakukan kajian kata kunci. Persoalan yang bermain dalam kepala saya, bagaimana mencari kata kunci dan kenapa perlu ada kata kunci………………

Cuba anda taip perkataan ‘paklong‘ di enjin carian Google, apa hasilnya ?

Ini adalah 2 site teratas untuk ‘paklong’.

Photobucket

Blog ini berada di muka keempat , maknanya ranking ke 40 di enjin carian.

Photobucket

Pada pandangan anda , ada tak orang yang akan klik sampai muka ke empat ?.

Faham tak ………… kenapa mesti buat kajian kata kunci .

Taubat

Posted by admin | Posted in Graphics | Posted on 01-01-2010

0

hadis
Copy and Paste Code to your blog