Memilih Niche Blog .
Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 06-01-2010
0
Suatu persoalan yang selalu bermain dibenak saya ketika hendak mula blogging adalah ,”saya nak buat blog apa ye ?”. Kemudian saya mula mencari maklumat, bertanya kawan dan memuat turun ebook percuma. Saya mencari maklumat , ” buat blog apa yang senang ? “. Tiada jawapan yang saya temui. Hampa.
Namun saya terus mencari dengan menyertai forum dan mula membeli ebook Bahasa Melayu. Jawapan yang saya temui adalah, “buat blog berdasarkan apa yang tahu/minat/mahir”. Ketika itu saya minat bersilat lantas membina blog berkaitan seni beladiri menggunakan Bahasa Inggeris. Namun ia tidak bertahan lama sebab saya gagal membuat pengisian untuk blog tersebut dan tiada pengunjung yang membacanya. Apa masalahnya ?
Saya ajukan masalah ini kepada seorang IM yang mahir blogging. Dia beri saya beberapa soalan :
i. siapa yang kamu sasarkan untuk membaca blog itu ?
ii. Siapa yang suka membaca bahan tentang silat ?
iii. Kamu tulis dalam Bahasa apa ?
iv. Ada kamu buat SEO ?
Saya teruskan pencarian maklumat dan membeli beberapa ebook. Jawapan yang saya jumpa adalah, ” buat kajian kata kunci, cari katakunci yang mempunyai jumlah carian yang banyak, jadikan ia niche blog dan beli domain yang mengandungi kata kunci tersebut.”
Jawapan sudah ditemui. Apa lagi , beli domain dan set up blog sendiri (walaupun merangkak). Bangga juga dapat set up blog sendiri. Blog dah ada, isinya ? Copy & paste sambil ubah suai mana yang perlu. Kemudian submit ke Digg.com. Selepas tiga bulan, blog tersebut hilang. OMG ! Saya telefon pihak hoster namun tak ada jawapan. Adussssssssss …….
Saya jumpa semula IM yang agak popular tu, cerita masalah saya. Jawapan diberi :
i. mungkin pihak hoster yang delete akaun kamu atau …..
ii. blog kamu kena tampar oleh Google atau Google campak blog kamu ke alam kotak pasir.
Apa benda ni ? Anda faham ………?
Selepas peristiwa tersebut saya mula mengunakan blogspot untuk bereksperimen. Pelbagai blog saya buat dan delete. Lantaklah, benda free. Dalam masa yang sama saya juga belajar melakukan SEO. Saya juga membeli pelbagai ebook blogging dan seo. Mencuba pelbagai niche , hiburan, photografi, grafik, video, animasi , lagu dan lain-lain. Akhirnya secara tidak sengaja saya terjumpa satu niche yang unik, permintaan global yang tinggi, saingan yang rendah dan ia memang minat saya masa itu. Melihatkan sambutan yang menggalakkan semasa mengguna blogspot, saya beralih ke Wordpress dan hosting berbayar. Maka lahirlah blog ketiga saya yang kini telah berusia tiga belas bulan.
Saya ambil masa untuk merancang sesuatu post. Susun link sebaiknya. Guna keyword yang sesuai. Buat SEO berterusan. Gunakan Bahasa Inggeris yang mudah. Hasilnya blog tersebut menerima pelawat lebih 8000 orang dalam tempoh setahun. Cukup untuk menaikkan semangat saya untuk terus blogging. Page rank blog tersebut juga naik ke PR1. Tiga keyword yang saya optimasikan telah membawa blog tersebut ke muka pertama enjin carian Google. Terasa puas.
Okay , cukuplah setakat itu. Kesimpulan tentang blog dan blogging :
i. Anda mesti ada ilmu sebelum melakukan sesuatu. Carilah ilmu secara berterusan.
ii. Tetapkan objektif apabila ingin membuat sesuatu dan kumpulan sasaran.
iii. Buat kajian sebelum melakukan sesuatu. Fikir.
iv. Pilih bidang yang anda betul-betul tahu dan mahir.
v. Rancangan setiap kerja anda dengan baik.
vi. jangan malu untuk bertanya jika anda tidak tahu.
Sekian, dari Paklong untuk anda.











