Paklong & SEO – Kata Kunci
Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 02-01-2010
0
Persoalan utama semasa saya mula-mula nak buat blog adalah nak beli ‘domain name’ apa ? Pening juga memikirkan. Sebab tidak ada ilmu dan panduan. Saya hentam aje .
Di sinilah letaknya kepentingan kajian kata kunci. Menurut ebook yang saya baca, buat kajian kata kunci dahulu sebelum beli nama domain atau ‘url’.
Petuanya , cari kata kunci yang banyak cari tetapi kurang persaingan. Adakah yang seperti itu ? Jika ada persaingan pon biarlah di bawah 5000. Blur………….. !
Jom kita lihat popularity kata kunci ‘paklong‘. Saya gunakan link ini https://adwords.google.com/select/KeywordToolExternal.
Keputusan seperti di bawah. Untuk ‘paklong’ hanya 2400 carian sebulan. Untuk ‘pak long’ 8100 carian. Bermakna ‘paklong’ tidak popular.
Kenapa tidak popular ? Hanya bangsa Melayu dan Cina sahaja yang guna kombinasi ini.
Kemudian saya taip ‘paklong’ di enjin carian ‘Google’, hasilnya , terdapat 185000 page yang mengandungi perkataan paklong atau pak & long.
Banyak tu. Mampu ke nak bersaing ? Belum cuba belum tahu.
Untuk anda , apakah keyword yang anda akan guna sebagai domain name. Anda boleh guna nama yang panjang juga . Saya hanya guna cara yang simple.
Related posts:
- Paklong & SEO SEO atau Optimasi Enjin Carian penting untuk melonjakkan blog/site anda...
- Memilih Niche Blog . Suatu persoalan yang selalu bermain dibenak saya ketika hendak mula...
- SEO Blog Hai, Dalam post kali ini, saya nak bercerita pasal blog...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.








