Paklong dot Info twitter
Paklong dot Info Rss

 Powered by Max Banner Ads 

SEO Blog

Posted by admin | Posted in SEO | Posted on 05-01-2010

0

Hai,
Dalam post kali ini, saya nak bercerita pasal blog Wordpress. Platform blog saya sekarang. Ada macam-macam jenis blog yang anda boleh buat dengan bermacam-macam domain name. Wordpress juga menyediakan banyak jenis template/theme dan pelbagai plug in. Pendek kata , pilihah sesuka hati anda.

Plug in………? Inilah cerita sebenar yang saya nak sentuh. Untuk melakukan optimasi pada blog anda, ada pelbagai plug-in yang boleh dimanipulasikan. Plug-in boleh membantu anda melakukan optimasi dalam blog anda.

Yang mana satu ?

1. Google XML Sitemaps – membantu anda membina peta/sitemap blog anda. Sitemap adalah satu ruang penting yang menempatkan rangka/plan blog anda. Ini akan memudahkan crawler/robot enjin carian menjelajah blog anda bagi mencari link atau post yang masih belum di’index’.

2. Robot Meta – plug in ini merupakan pengawal kepada blog anda dan pemandu robot enjin carian. Ia merupakan satu fail arahan kepada crawler/robot enjin carian terhadap ruangan yang boleh di’crawl’ dan ruangan yang tidak boleh di’crawl’. Pergh……… payahnya nak menulis. ;)

3. All In One SEO Pack – plug in ini membolehkan anda membuat modifikasi title tag & meta tag blog anda. Title tag dan Meta Tag penting dalam mempengaruhi pelawat ke blog anda.

Photobucket

4. Yet Another Related Posts – ini adalah plug in yang best untuk menggoda robot enjin carian. Dengan mengguna plug in ini, post yang baru akan memberi pautan kepada post lama berasaskan kategori atau tag. Bermakna setiap post mempunyai ulangan crawl yang kerap oleh robot enjin carian. Berkemungkinan ia akan mendapat kedudukan yang baik di enjin carian.

Inilah antara 4 plug in yang boleh membantu anda membuat optimasi dalaman blog. Sebenarnya ada banyak lagi. Anda boleh cari atau tanya Uncle Google. Saya tambahkan sedikit untuk keselamatan. Sila guna plug in WP Anti Spam dan WP Data Backup.

Sekian , Jumpa lagi.

Related posts:

  1. Paklong & SEO SEO atau Optimasi Enjin Carian penting untuk melonjakkan blog/site anda...
  2. Memilih Niche Blog . Suatu persoalan yang selalu bermain dibenak saya ketika hendak mula...
  3. Paklong & SEO – Kata Kunci Persoalan utama semasa saya mula-mula nak buat blog adalah nak...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Write a comment

Spam Protection by WP-SpamFree